BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 26, 2010

SaLaHkaH BeRciNta...???


Bercinta sebenarnya tidak SALAH, kerana ia adalah fitrah tabi'e yg ALLAH kurniakan kpd setiap manusia.
ingin CINTA dan DICINTAI adalah naluri setiap manusia.

Jiwa manusia memerlukan cinta seperti JASAD perlukan MAKANAN. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah utk merasai dan menikmatinya.

Jika salah, mengapa Tuhan mengurniakan rasa cinta???
ALLAH Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dikurniakn-Nya rasa cinta pasti ada maksud dan tujuan.

     Namun ALLAH tidak mengurniakan Cinta secara bebas atau begitu sahaja.
ALLAH juga telah mencipta PERATURAN CINTA demi menjaga kemurniannya.
Peraturan inilah yg sering atau kerap kali dilanggar oleh sekalian manusia ketika ini.

Rasa Cinta tidak salah tetapi, kesalahan selalu akan berlaku ketika menjalinkan hubungan cinta.
Di sinilah wujudnya CINTA TERLARANG (cinta yg menafikan prinsip dan melanggar peraturan dari ALLAH).

Ketika itu, fitrah akan berubah menjadi fitnah..
Bila kehendak tabi'e tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan ALLAH, maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Maka,
Gunakanlah cinta manusia utk beribadah
Gunakan cinta manusia utk mendapatkan cinta ALLAH
cintailah sesiapa pun jua, tetapi pastikan cinta itu lebih memudahkan kita mencintai ALLAH

Cinta antara lelaki dan wanita mestilah diniatkan kerana ALLAH
Bagaimana bercinta kerana ALLAH???
iaitu iringilah cinta itu dgn NIAT utk BERNIKAH SECARA SAH
kerana
pernikahan itu lebih memudahkan sesorang lelaki dan wanita menyempurnakan agamanya.

Sabda Rasulullah SAW :-
"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh utk disempurnakannya"


                                                                                                             Tentang Cinta- Pahrol Mohd Juoi

2 comments:

Unknown said...

i like!
cintailah MAHA MENCINTAI...then u'll find the way..
Insya'Allah...(~~,)V

japierah said...

bercinta tak salah..memuja cinta yg salah..makhluk Allah diagungkan melebihi Penciptanya