BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 11, 2010

TeNtAnG CiNtA - BaB 2

Assalammualaikum... aha...bertemu kembali bersama akhi utk mendalami tentang cinta, di mana kali ni kita akan masuk ke bab yg seterusnya iaitu bab 2 yg mrungkai persoalan "SALAHKAH BERCINTA..???"

Dari satu bab ke satu bab kite akan diwadahkan dgn satu ayat wacana yg begitu indah bunyinya, sbagai tatapan n renungan kita bersama... dan di bab 2 ni, kita disajikan dgn ayat berbunyi begini "Cinta yg dicari adalah baik, tetapi cinta yg didapati tanpa dicari adalah LEBIH baik." aha...perlu ke akhi ulas tntg ayat ni??? rasenya xperlu kot, sbb korg confirm2 fhm mksud ayat yg diberikan...korg kn bijak pandai.. =)

Tidak dpt dielakkan lg, REMAJA n CINTA, 2 perkara yg bagaikan sudah sebati. Kisah suka-duka cinta sering mnjadi ilham para penyair, komposer, penyajak n mcm2 lg r... Habis segala-male ciptaan Tuhan dijadikan lakaran metafora n analogi, sbg lambang bg memuja kekasih n cinta yg diabadikan.... begitu eratnya remaja n cinta hingga seolah2 xdpt lg mmbayangkan adanya hubungan remaja dgn yg lain, selain cinta. Seolah-olah remaja x ada hbngan dgn iman, dgn prjuangan, dgn dakwah, keusahawanan, kepimpinan dan sebagainya. Yang paling tip top adalah hubungan remaja dgn cinta... MasyaALLAH...

Bila disebutkan cinta, terbayang Romeo yg sanggup mati kerana Juliet, Cleopatra sanggup bunuh diri kerana Mark Anthony, Qaisy sanggup gila kerana terpisah dgn Laila... aha...ape kejadahnye semua ini..?? Jika kita lihat scara realitinya ketika ni, ramai remaja sanggup meninggalkan parents kerana cinta, menukar agama kerana ingin memiliki cinta, mgadaikan segala2nya kerana cinta, mcm cinta tu dinobatkan sbg 'Tuhan'... MasyaALLAH... jika manusia tanpa cinta agaknya seperti bumi tanpa mentari r agaknya... urm...ape dar...

SALAHKAH BERCINTA..???  ape jawapan korg?? Ha… terkesima ke nak jawab…? ha3… Actually , bercinta mmg x salah, justeru ia adalah fitrah tabi’e yg Allah kurniakan kpd setiap manusia. Rasa cinta bertandang ke dlm jiwa tanpa diundang dan diminta. Keinginan itu payah dipelajari dan dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya. Walaupun, kadang kala ia cuba dilawan, namun rasa yg ‘ajaib’ itu dtg juga. Tidak kuasa hati menolaknya. Apa lagi kalau cinta itu disuburkan, maka makin marak n menggila r jadinya. Bila cinta mencengkam diri, makan x kenyang, tido xlena n mcm2 lg…hu3..

Ingin cinta dan dicintai adalah instinct setiap manusia. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makann. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah x salah utk merasai dan menikmatinya. Jika salah, mngapa Allah mengurniakan rasa cinta??? Allah Maha Mengetahui, Maha Pengasih lg Maha Penyayang, dikurniakan-Nya rasa cinta pasti ada maksud dan tujuan.

Kalau korg nk tahu, Allah tidak kurniakan rasa cinta scara polos begitu saje. Justeru, Allah sebenarnya telah mencipta PERATURAN CINTA demi menjaga kemurnian cinta. Mengapa perlu ada peraturan cinta??? Jawapannya adalah kerana Allah mencintai manusia, Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia dlm memenuhi keinginan fitrah tabi’enya. Keinginan tanpa peraturan akan mnyebabkan byk kerosakan seperti cinta terlarang dll.

Hubungan cinta jgn dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih byk perlanggaran peraturan dilakukan, maka lebih tinggilah risiko kemusnahan akan berlaku. Cinta yg suci mesti dipelihara dan dilindungi. Orang yg x memelihara dan melindungi cinta dgn peraturan Pencipta cinta samalah dgn mmpermainkannya, contohnya seperti cinta yg xsetia, cinta brsalut nafsu, cinta yg xde matlamat dan sbgainya.

Cinta sememangnya perlu dlm kehidupan tetapi, ia BUKANLAH TUJUAN dlm hidup , ianya hanya KEPERLUAN. Tujuan lebih utama drp keperluan. Sebaiknya, gunakan keperluan utk mncapai tujuan.

 Contohnya, makan.
 Makan adalah keperluan, bukannya tujuan. So…tenaga yg diperolehi drp mkn itu mesti digunakan utk mncapai tujuan iaitu utk memudahkan ibadah.

Samalah juga dgn cinta.
Cinta itu mknn jiwa, gunakanlah cinta manusia utk beribadah atau dlm erti kata lain, gunakan cinta manusia utk mndapatkan cinta Allah. Jgn sampai keperluan melebihi atau dijadikan tujuan dlm hidup.

Secara kesimpulan bab ni, sebenarnya tidak salah utk bercinta, tetapi cintalah dgn cara yg betul dan mengikut peraturan cinta yg telah dikurniakan oleh Allah S.W.T.. usah mmbiarkan diri menurut hawa nafsu semata-mata. Kita perlu sedar bhw, jika kita bercinta atas dasar yg baik serta mngikut haluan yg disarankan mgikut syariat, maka kita akan menemui cinta yg sejati dan bahagia… Oleh yg demikian, maka benarlah bhw, utk memperolehi cinta, kita perlu mencintai Pencipta cinta terlebih dulu, barulah cinta2 yg laen akan mnyusul… hu3… Tiada sekatan utk bercinta, tapi perlukan kawalan utk bercinta. Fikir2kan dan renung2kan…. =)

Ukuran Benci & Cinta :
Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan mnjadi kebencianmu pada suatu ketika
Bencilah yg engkau benci itu sekadar saja, brkemungkinan ia akan mnjadi kecintaanmu pada suatu ketika.

0 comments: