BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 2, 2011

TeNtAnG CiNtA - BaB 8


“Hidup tanpa cinta ialah hidup tanpa cita2. Cinta yg terbaik ialah cinta yg bertalian dgn cita2.”

Huh~ begitulah kata penulis tentang cinta di bahagian bab yg ke-8 ni…

Mana yg lebih nyata? Mana yg lebih penting? Mana yg lebih mendesak?..

sebelum melangkah dgn lebih jauh, kita lihat dahulu apakah yg dikatakan dgn cinta. Cinta itu luas, tetapi dlm perbincangan ni kita bataskan hanya kpd cinta antara lelaki dan wanita. Cinta yg sejati adalah hubungan hati yg terbentuk atas dasar atau asas yg konkrit, tujuan yg suci, pelaksanaan yg bersih dan hasilnya yg mulia. Dibina atas dasar iman, tujuan yg syari’e, dilaksanakan mengikut kaedah syariat.

Ringkasannya, cinta adalah sesuatu yg serius dan bermatlamat. Ia bukan keseronokan, kelalaian dan khayalan, tetapi ia menuntut tanggungjawab yg mempunyai  risiko dan harapan. Menurut pakar psikologi, cinta itu komitmen, tanggungjawab dan amanah…

Apa pula yg dikatakan cita-cita? Sebenarnya, dlm cinta ada cita2 dan dalam cita2 ada cinta… di mana kadangkala, cinta terangkum dlm kebesaran cita2…tetapi adakalanya, cita2 tersulam dlm keindahan cinta. Tapi secara idealnya, dahulukan cita2… justeru ia lebih konkrit, realistik dan diberi priority berdasarkan realiti dan diri semasa kita.

Kemungkinan ada yg kehilangan cinta ketika memburu cita2… usah risau… apa yg hilang itu hakikatnya hanya cinta kpd manusia bukan CINTA drp-NYA… burulah cita2 terlebih dahulu, dan apabila cita2 sudah tercapai, yakinlah bhw cinta yg sebaik2nya dan semurni2nya akan muncul dan berada dihadapan kita.

Tetapi awas, jika cinta didahulukan drp cita2… kita mungkin akan kecundang, kerana cinta itu belum teguh. Sekerat jalan ia mungkin patah. Lalu wujudlah luahan2 jiwa  yg berunsurkan  frust dan kecewa.

Justeru, mulakanlah dgn cita2, kerana usia di tahap ini, cita2 itulah yg  jelas nyata…

0 comments: